KUALA LUMPUR: Lebih dikenali sebagai “The Beast”, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menaiki kenderaan rasminya sepanjang lawatan ke Malaysia iaitu Cadillac One.
Buatan General Motors keluaran 2009, kenderaan itu mempunyai spesifikasi sangat khusus untuk keselamatan presiden itu, juga mempunyai ciri-ciri seolah-olah sebuah kereta kebal.
The Beast dilihat menyusuri laluan menuju ke ibu kota dan parlimen pada Sabtu.
Selain itu, The Beast turut dilengkapi senapang “shot-gun” dan kamera penglihatan malam.
Ia juga memiliki persediaan oksigen sendiri dan bekalan darah yang sama jenis dengan presiden sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Kenderaan itu boleh memuatkan maksimum 7 orang, termasuk presiden.
The Beast, kereta rasmi Obama disifatkan sebagai kenderaan perlindungan yang paling canggih di dunia. -AstroAwani
0 Komentar untuk "Fakta Menarik Tentang ‘The Beast’, Kenderaan Rasmi Barrack Obama"