>>>>>

MH370: Sukar Untuk Sesiapa Selamat Selepas Pesawat Terhempas - CEO MAS


KUALA LUMPUR: Berdasarkan rumusan hasil analisis data satelit, sukar untuk sesiapa terselamat selepas pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Beliau berkata, analisis data satelit oleh Inmarsat menunjukkan kedudukan terakhir pesawat MH370 adalah di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi di mana tiada kawasan untuk pesawat mendarat.

ada sedikit sahaja minyak dan kalau terus terbang, tak ada daratan. Boleh dirumuskan ia terhempas ke dalam Lautan Hindi.

"Kini selepas 18 hari, sukar untuk sesiapa terselamat dalam tempoh yang panjang itu," katanya pada pada sidang media harian berhubung operasi mencari pesawat MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

Beliau ditanya apakah bukti kukuh yang MAS perolehi untuk merumuskan tiada seorang pun penumpang dan anak kapal pesawat MH370 itu yang terselamat.sumber
0 Komentar untuk "MH370: Sukar Untuk Sesiapa Selamat Selepas Pesawat Terhempas - CEO MAS"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info