Hari ini dah masuk 20
hari pesawat MH370 hilang. Kerajaan Malaysia sudah mengisytiharkan MH370
menamatkan perjalanannya di Lautan Hindi yang mempunyai kedalaman 7 km
itu.
Mengikut logik akal tak
mungkin penumpang dan kru sebuah pesawat yang hilang selama 20 hari di
laut masih boleh bertahan. Lainlah kalau jatuh dalam hutan yang banyak
dusun dan pokok.
Tapi kadang-kadang kita terlupa logik akal manusia tak sama dengan logik ketentuan Allah. JR kongsikan kisah benar ini, kisah benar kehilangan sebuah pesawat Uruguay yang hilang selama 72 hari pada 1972. Mungkin ramai yang pernah membaca kisah benar ini:
Tapi kadang-kadang kita terlupa logik akal manusia tak sama dengan logik ketentuan Allah. JR kongsikan kisah benar ini, kisah benar kehilangan sebuah pesawat Uruguay yang hilang selama 72 hari pada 1972. Mungkin ramai yang pernah membaca kisah benar ini:
Kisah benar ini terjadi pada suatu musim dingin di bulan Oktober
1972. Sebuah
pesawat Uruguay Air Force Flight 571 yang membawa seramai 40 orang
pemain rugbi dan kaum keluarga mereka dan 5 kru penerbangan dalam perjalanan menuju Peru
untuk satu perlawanan ragbi.
Malangnya, pesawat
tersebut terhempas di
suatu kawasan pergunungan Andes berdekatan Chile pada 13 Oktober 1972.
Daripada 40 penumpang hanya 29 penumpang yang selamat ketika pesawat
terhempas. Tapi suhu dingin luar biasa dan ketiadaan ubat menyebabkan
seorang demi seorang meninggal dunia. Akhirnya mangsa yang tinggal dan
masih hidup cuma 16 orang saja.

Pemain-pemain ragbi Uruguay sebelum tragedi berlaku.
Operasi menyelamat telah
dijalankan oleh kerajaan Uruguay, tapi semua mangsa gagal ditemui.
Akhirnya selepas kira-kira 10 hari, operasi penyelamat telah
dihentikan kerana kerajaan Uruguay menganggap mangsa pesawat terhempas
itu mustahil dapat hidup dalam kawasan pergunungan yang sukar dimasuki
dan bersalji tebal itu. Pencarian dari udara hanya melihat seperti gurun
yang diliputi hamparan salji yang luas memutih di antara kemuncak
gunung. Mana mungkin mengikut logik akal dan logik sains ada manusia
boleh hidup dalam ketinggian 3,600 meter di atas permukaan laut di musim sedingin itu?
16 mangsa yang terselamat itu hanya
memakai pakaian seadanya. Bekalan makanan sangat terhad dan akhirnya mereka kehabisan makanan. Bagaimana
caranya untuk meneruskan kehidupan tanpa makanan?
Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk meneruskan hidup
dengan memakan daging rakan-rakan mereka yang telah mati! Apa nak
buat, itu saja pilihan yang ada.
Selepas genap dua bulan
terperosok di celah gunung bersalji itu, 3 orang mangsa menyedari,
satu-satunya jalan keluar dari kesengsaraan itu adalah dengan memanjat
gunung yang sukar itu bagi mendapatkan bantuan. Pada 12 Disember 1972,
Parrado, Canessa dan Vizintín memulakan perjalanan memanjat
gunung Andes cuma berbekalkan beg tidur (sleeping bag) bagi melindungi tubuh dari kesejukan melampau.
Perjalanan tiga sahabat itu menempuh
pelbagai laluan sukar dan hanya bergantung kepada beg tidur itu sahaja
untuk memanaskan badan selain oksigen yang semakin tipis.
Suatu hari selepas begitu lama berjalan, mereka melihat seperti ada tanda-tanda kehadiran
manusia bila ternampak perkhemahan dan beberapa ekor lembu.
Pada hari kesembilan
berjalan, 3 orang sahabat itu ternampak seorang lelaki menunggang kuda
tidak jauh dari sebatang sungai. Akhirnya penduduk kampung menemui
mereka yang telah diisytiharkan kerajaan sebagai mati itu dalam keadaan
yang sangat lemah dan tidak
berdaya.
Kerajaan Uruguay
kemudiannya menjalankan operasi menyelamat secara besar-besaran bagi
menyelamatkan 13 mangsa lagi yang masih terperangkap selama 72 hari di
lubuk salji yang luas itu. Pada 22 Disember, akibat cuaca buruk, hanya
dua buah helikopter
mampu untuk mengambil separuh daripada mangsa yang terselamat. Pada
pagi 23
Disember kesemua 16 mangsa telah dapat diselamatkan. Semua mangsa telah
dibawa ke hospital di Santiago dan dirawat untuk penyakit dehidrasi,
radang dingin, kepatahan tulang, skurvi dan malnutrisi.




Jika tidak kerana ketabahan Parrado, Canessa dan Vizintín, mungkin 13 rakan-rakan yang masih berada di sisi pesawat remuk itu tidak dapat diselamatkan.

Dan MH370? Mungkinkah
akan berlaku satu lagi keajaiban seperti yang berlaku kepada 16 orang
mangsa kemalangan pesawat Uruguay itu? Jika terperangkap dalam salji
sejuk selama 72 hari dan diisytiharkan mati oleh kerajaan Uruguay masih
ada jalan keluar untuk menemui keluarga mereka, mungkinkah perkara sama
akan berlaku pada penumpang dan kru MH370?
Kadang-kadang logik akal
manusia yang bersandarkan logik sains tak sama dengan logik kekuasaan
Tuhan. Kalau mengikut logik akal 16 penumpang pesawat Uruguay itu tak
mungkin boleh hidup. Kalau mengikut logik akal juga tak mungkin Nabi
Yunus selamat berada di dalam perut ikan nun. Tapi kuasa doa melebihi
logik akal...sumber
(Nota: Kisah di atas berdasarkan terjemahan bebas JR dari sumber Wikipedia dan beberapa sumber lain).
0 Komentar untuk "MH370: Adakah Peristiwa Andes 1972 Akan Berulang? KISAH BENAR!"