Perbuatan seorang wartawan dari negara
Cihna, Yang Jinhai yang melompat masuk ke dalam kandang harimau hanya
memakan diri sahaja. Kejadian terjadi apabila Yang Jinhai dilihat
memiliki makanan harimau dan melompat ke dalam kandang untuk memberi
harimau makan tetapi sebaliknya berlaku apabila dia diserang oleh
harimau.
Menurut pelawat yang datang, mereka
terkejut melihat Yang Jinhai cuba melarikan diri daripada dibaham oleh
harimau yang sedang mengamuk, Yang Jinhai cedera teruk akibat dicalar
dan digigit oleh harimau sebelum penjaga zoo masuk campur.
Saksi
kejadian berkata, pada awalnya mereka menyangka Yang Jinhai adalah
kakitangan zoo selepas melihat dia memegang makanan harimau berisi
beras tetapi sebaliknya berlaku. Saksi lain menjelaskan, apabila Yang
Jinhai melompat masuk ke dalam kandang, kedua-dua harimau, jantan dan
betina dilihat cuba melarikan lari tetapi harimau jantan datang ke arah
Yang Jinhai kerana membangkitkan kemarahan dan membuat kacau, akhirnya
dia diserang oleh harimau jantan sebelum diselamatkan oleh penjaga zoo.
Bagi menyelamatkan Yang Jinhai, seramai 50 orang kakitangan zoo melepaskan das tembakan water hose kepada harimau bagi melepaskan Yang Jinhai. Kini, Yang Jinhai dirawat di hospital, Chengdu. - via
0 Komentar untuk "Wartawan China Diserang Harimau Selepas Lompat Masuk Ke Dalam Kandang"