>>>>>

[Ngeri] Video Anjing Pittbull Serang Tuan Sendiri

Insiden serangan anjing ini bukanlah baru, di negara kita pun kerap terjadi. Malah acapkali serangan itu berakhir dengan kematian yang tragis. Tetapi yang jarang kita dengar ialah tuan punya anjing diserang anjingnya sendiri.

Tetapi itulah yang berlaku pada seorang lelaki di Brazil.


Kejadian ini terjadi di Avenida Presidente Wenceslau pada 22 Januari lalu.Seekor anjing yang dikenali sebagai Pitbull (anjing ganas) telah menyerang tuannya sendiri, Dejail Cesar Goncalves, 54, dibelakang rumahnya.

Anjing tersebut menggigit dan mengoyakkan tangan kanan tuannya.

Walaupun dengan tiga pukulan, anjing itu bertindak balas dengan lebih ganas dan berpindah menyerang bahagian kepala dan leher pula. Tidak lama kemudian, pengawal perbandaran datang dan terpaksa melepaskan tiga tembakan kepada anjing itu dan anjing tersebut masih kuat untuk menyerang kemudiannya melepaskan satu lagi tembakan.

Dejail Cesar dibawa ke Hospital dengan keadaan yang kritikal kerana banyak kehilangan darah.

Lihat Videonya Di Sini
0 Komentar untuk "[Ngeri] Video Anjing Pittbull Serang Tuan Sendiri "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info