>>>>>

Inilah Gambar Bogel Angelina Jolie Yang Di Lelong Dengan Harga 53000 Dolar


Sebuah Gambar sensual Angelina Jolie yang tengah berbogel (topless) sambil memegang kepala seekor kuda putih bakal dilelong di balai lelong Christie London pada bulan depan.

Gambar yang diambil juru foto David LaChapelle kala Jolie berusia 25 tahun itu dijangka boleh terjual dengan harga 53,000 dollar AS.

Imej yang diberi judul "Horseplay" ini memang dibilang jarang berlaku kerana belum pernah dipamerkan kepada orang ramai. Dalam gambar, Jolie kelihatan begitu menikmati suasana.

Seperti yang dilaporkan oleh nydailynews.com, dalam Gambar itu, masih terlihat sebuah tato bertuliskan Billy Bob, bekas suaminya. Namun, setelah keduanya bercerai, Jolie pun memutuskan untuk memadamnya.

Selain gambar tersebut, foto Jolie bersama Brad Pitt, pasangannya, yang diambil oleh Majalah W pada tahun 2005, juga akan dilelong. Ada juga foto yang menggambarkan kedua-dua pasangan itu tengah berdoa dengan anak-anaknya dalam satu meja sebelum makan malam bersama.

Gambar tersebut diharapkan terjual hingga mencapai angka 15,000 dollar AS.

Belum lama ini, Utusan Khas Suruhanjaya Tinggi Pelarian PBB (UNHCR) ini merancang untuk membina kembali sekolah yang dibiayai dari keuntungan menjual perhiasan yang pembuatannya ikut ia rancang di Afghanistan. Tahun lalu, ia telah membina sekolah di sebuah kampung berhampiran Kabul, Afghanistan.
0 Komentar untuk "Inilah Gambar Bogel Angelina Jolie Yang Di Lelong Dengan Harga 53000 Dolar"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info