>>>>>

Manchester United Menang - Manchester City Tewas



MANCHESTER, - Manchester United dipaksa bekerja keras ketika menjamu Newcastle dalam lanjutan Premier League di Old Trafford, Rabu (26/12/2012). Tujuh gol tercipta dan MU sempat tertinggal tiga kali, sebelum akhirnya menang 4-3. Setan Merah baru memastikan kemenangan tersebut lewat gol Javier Hernandez pada injury time.

Dengan keputusan ini, MU kukuh di puncak liga sementara Premier League dengan mata 46, unggul tujuh angka dari Manchester City di peringkat dua, yang pada masa yang sama kalah 0-1 oleh Sunderland.


Tertinggal, MU berusaha bangkit. Namun, barisan pertahanan pasukan tetamu cukup rapat dan tampil disiplin mengawal setiap pergerakan lawan-lawannya. Sementara, Newcastle, yang lebih banyak bergantung kepada serangan balik, masih mampu mencipta beberapa peluang emas di depan gawang tuan rumah.

Pada minit ke-25, MU berjaya menyamakan kedudukan menjadi 1-1 melalui gol Jonny Evans. Gol tersebut ia torehkan setelah memanfaatkan tepisan tidak sempurna penjaga gol Newcastle, Tim Krul, apabila menahan bola tendangan Javier Hernandez.

Namun, kedudukan itu tidak bertahan lama. Empat minit berselang, Evans melakukan gol bunuh diri sehingga membuat Newcastle kembali unggul 2-1. Gol tersebut sempat dianulir pengadil garisan. Namun, setelah berbincang dengan ofisial perlawanan, pengadil akhirnya mengesahkan gol tersebut untuk pasukan tetamu.

Newcastle kembali mendapatkan peluang emas untuk menambah gol pada minit ke-39. Sayang, bola tendangan Sylvain Marveaux masih membentur mistar gawang Setan Merah dan skor 2-1 untuk pasukan tetamu pun tidak berubah hingga akhir babak pertama.

Selepas turun minum, MU langsung tancap gas. Pada minit ke-58, Evra membuat penyokong tuan rumah bersorak setelah berjaya mencatatkan namanya di papan skor sekaligus membuat skor kembali seri 2-2. Gol itu dijaringkan setelah berjaya menewaskan Krul dengan tendangan keras dari luar kotak penalti.

Newcastle kembali mampu membuat penyokong pasukan tuan rumah terdiam setelah Papiss Cisse kembali membuat pasukannya unggul pada minit ke-68. Memanfaatkan umpan silang Obertan, Cisse melepaskan tendangan keras yang bolanya tak mampu ditepis De Gea.

Tiga minit berselang, penyokong MU kembali bersorak selepas Van Persie berjaya menyamakan kedudukan menjadi 3-3. Gol tersebut diciptakannya dengan tendangan kaki kiri keras dari dalam kotak penalti pasukan tetamu yang masuk ke penjuru kiri gawang Krul.

Memasuki sepuluh minit terakhir, MU terus menekan pasukan tetamu. Hernandez akhirnya mampu membuat penyokong pasukan tuan rumah bersorak ketika berhasil mencetak gol pada minit ke-90 +1 usai memanfaatkan umpan silang Carrick. Skor 4-3 untuk MU pun berlangsung hingga perlawanan tamat.


0 Komentar untuk " Manchester United Menang - Manchester City Tewas "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info