>>>>>

Gadis China Ini Memakai Baju yang Di Pebuat Dari Wang Kertas Pada Hari Jadinya



Jika Lady Gaga pernah mempamerkan gaun dagingnya, maka gadis berusia 21 tahun dari China ini bangga dengan bajunya yang diperbuat dari wang.

Seperti yang dipetik dari Huffington Post, gadis tersebut tepatnya mencatat sebuah potret dirinya dengan baju yang diperbuat daripada wang di laman Weibo, jejaring sosial terkenal di China.

Jika diperhatikan, sebenarnya baju gadis itu cukup cantik. Sebab wang kertas disusun sedemikian rupa menjadi sebuah gaun dengan aksesori tali pinggang kuning dan strap warna pink.

Di dalam laman Weibo, gadis berbaju wang menjelaskan bagaimana ia mendapat pakaian yang tentunya berharga sangat mahal tersebut.

"Untuk merayakan ulang tahun seorang puteri yang ke-21 tahun, papa menghantar sebuah kuih krim yang lazat. Dan yang tak kalah mengejutkan adalah" baju yang diperbuat daripada wang "yang berharga 200,000 yuan," begitu tulisnya.

Gadis tersebut menyatakan kalau wang yang dijadikan bahan bajunya berharga 200,000 yuan. Namun salah satu pengulas dari laman Beijing Cream berkata kalau sebenarnya itu adalah jenis mata wang Ukraine

Berapapun harganya, gadis tersebut sebaiknya tidak jalan-jalan keluar rumah sambil memakai baju wangnya. Bagaimana menurut anda

1 Komentar untuk "Gadis China Ini Memakai Baju yang Di Pebuat Dari Wang Kertas Pada Hari Jadinya"

dah terlalu banyak duit.tak tau mahu guna duit itu untuk apa..

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info