WASHINGTON - Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya, Christopher Stevens disahkan terbunuh dalam serangan roket ke atas pejabat konsul di Benghazi semalam, demikian menurut oleh Presiden Barack Obama hari ini.
"Saya
dengan keras mengutuk serangan melampau ke atas kemudahan diplomatik di
Benghazi, yang meragut empat nyawa rakyat Amerika termasuk Duta Chris
(Christopher) Stevens," kata Obama dalam satu kenyataan.
Tiga yang lain merupakan kakitangan keselamatan AS, kata seorang pekerja kontraktor di misi tersebut, lapor CNN.
Serangan
ke atas pejabat konsul itu diadakan sebagai protes berhubung filem
keluaran negara, yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.
Sebelum ini, Jabatan Negara AS hanya mengesahkan kematian seorang pegawai tetapi tidak mengeluarkan nama lagi.
Selain di Libya, protes juga diadakan di Kedutaan AS di Kaherah.
Dalam serangan di Benghazi, seorang lelaki memasuki kawasan pejabat konsul dan melepaskan tembakan, selain membaling bom.
Laporan terdahulu memetik seorang pegawai Libya berkata, Stevens meninggal dunia disebabkan sesak nafas ekoran serangan itu.
Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton mengesahkan kematian seorang pegawai negara itu premis tersebut.
Tindakan
seorang lelaki AS berbangsa Yahudi menghasilkan sebuah filem yang
menghina Nabi Muhammad SAW telah mencetuskan kemarahan orang Islam di
Libya dan Mesir.
Kumpulan
penunjuk perasaan yang berang itu bertindak menggempur Kedutaan AS di
Kaherah dan Benghazi pada hari sama sambutan ulang tahun ke-11
memperingati serangan 11 September diadakan, semalam.
Menurut
jurucakap Kementerian Dalam Negeri, protes di bandar timur Libya
tersebut bertukar ganas selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu
masuk ke dalam pejabat konsul dan membakar premis itu.
"Duta
AS ke Libya, Christopher Stevens bersama tiga kakitangan dilaporkan
turut terkorban manakala dua lagi cedera dalam serangan roket yang
disasarkan ke bangunan tersebut," kata Wanis al-Sharef.
Beberapa
jam sebelum insiden itu, ratusan penunjuk perasaan ultrakonservatif
berarak menuju ke Kedutaan AS di Kaherah dan berhimpun di luar bangunan
tersebut sambil melaungkan slogan mengutuk tindakan pihak tidak
bertanggungjawab yang menghasilkan filem terbabit.
Bagaimanapun,
demontrasi itu juga bertukar menjadi ganas selepas puluhan penunjuk
perasaan bertindak luar kawalan dengan memanjat tembok di luar bangunan
kedutaan tersebut dan menurunkan bendera kebangsaan AS.
Dalam
satu kenyataan, pihak berkuasa memaklumkan tiada tangkapan dibuat
kerana protes tersebut dilakukan secara aman dan kumpulan itu dilaporkan
bersurai menjelang tengah malam tadi.
Difahamkan,
treler filem selama 14 minit berjudul Innocence of Muslims dihasilkan
oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile, 52, menerima kecaman banyak pihak
terutamanya orang Islam selepas ia dimuat naik ke dalam laman Youtube.
Wall Street Journal melaporkan
Bacile turut menerima bantuan berjumlah AS$5 juta (RM15 juta) daripada
kira-kira 100 bangsa Yahudi untuk membuat filem yang sengaja
memburuk-burukkan sifat Nabi Muhammad SAW.
Penerbitan
sebanyak 12 karikatur Nabi Muhammad SAW dalam sebuah akhbar di Denmark
pada 2005 turut mencetuskan protes di kebanyakan negara Islam
Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami
0 Komentar untuk "Protes Filem Hina Nabi,Duta Amerika Maut Di Libya"