>>>>>

WoW..!!.Inilah Buaya Terbesar Di Dunia

Buaya raksasa di Kota Bunawan, Filipina meninggalkan lipatan sejarah sebagai pemegang rekod Guinness Book of World Records sebagai buaya air laut terbesar di dunia. Buaya air tawar ini memiliki panjang 20,24 kaki dan berat lebih dari satu tan.



Jurucakap Guinness Anne-Lise Rouse mengatakan bahawa Lolong mengalahkan pemegang rekod sebelumnya, seekor buaya Australia yang berukuran 5 meter dan mempunyai berat kurang dari 1 tan.

Keputusan Guiness World Records itu menyebabkan Kota Bunawan yang berpenduduk 37 ribu orang di Wilayah Agusan del Sur berpesta.

Buaya yang dinamakan Lolong itu sangat ditakuti warga sekitar, kerana kerapkali memangsa manusia. Walaupun demikian, buaya ini telah menarik perhatian pelancong untuk mengunjunginya.

Setakat sebanyak $ 72 ribu atau sekitar telah masuk ke kas letak tempat penangkaran Lolong. Wang tersebut akan digunakan untuk kos sara hidup buaya tersebut.

Gabenor Bunawan Edwin Cox Elorde menyatakan bahawa dirinya bangga atas pencatatan Lolong di Guinness Book of World Records. Tetapi, dirinya juga mengaku khuatir masih adanya buaya-buaya raksasa lain yang tinggal di paya dan sungai tempat warga kota itu melakukan aktiviti mereka.

"Saya sangat bangga, ini menunjukan bahawa wilayah kita kaya akan fauna yang beraneka ragam. Namun, saya juga bimbang akan adanya Lolong lain di sini," katanya.

Sebelum ditangkap pada September 2011, populasi spesies buaya ini terus berkurangan di Bunawan. Untuk itu, petugas tempatan akan memburu Lolong untuk dipelihara. (TheSideshow / rei)

Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika  Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami


1 Komentar untuk "WoW..!!.Inilah Buaya Terbesar Di Dunia"

bapak besau buaya tu..

my blog http://www.kotak-lirik-lagu.com

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info