>>>>>

Lelaki Kanibal China Tertangkap Kamera Mengunyah Wajah Perempuan

 Serangan seorang lelaki kanibal ini terjadi di China, seorang pemandu bas yang mabuk tertangkap kamera tengah memamah wajah wanita dalam serangan yang mengerikan.Wanita malang tersebut tampaknya akan memerlukan pembedahan plastik untuk memperbaiki kerosakan yang dilakukan oleh penyerang gila itu padanya.

Memetik daripada Dailymail, Isnin (2/7/2012) menurut laporan berita tempatan, pemandu, bernama Dong itu, telah menenggak banyak minuman beralkohol semasa makan siang dengan teman-temannya sebelum kejadian. Dia kemudian berlari ke jalan di bandar Wenzhou, di tenggara China, dan berdiri di depan kereta yang dipandu oleh seorang wanita bernama Du, sehingga ia berhenti.


Dong naik ke kap keretanya dan mula memukul kenderaan sedangkan Du panik menjerit minta tolong. Ketika dia meninggalkan kereta dan cuba melarikan diri, pemandu bas tersebut melompat ke atas tubuhnya dan bergumul ke tanah.

Ketika polis tiba, mereka berjaya menangkap Dong ke dalam tahanan, sehingga amukan mengerikannya itu berakhir. Du dibawa ke hospital, di mana doktor mengatakan ia akan memerlukan pembedahan untuk memperbaiki hidung dan bibir.



Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika  Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami.   
0 Komentar untuk "Lelaki Kanibal China Tertangkap Kamera Mengunyah Wajah Perempuan"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info