“Dua suspek bernama Zhao dan Chen mencederakan Du dengan menolaknya hingga dia rebah ke lantai sebelum mengepam angin menerusi duburnya dengan pam angin,” kata polis.
Du Chuanwang yang mengalami kerosakan di kebanyakan organnya segera dikejarkan ke Hospital Xiajin selepas kejadian itu.Ketua unit rawatan rapi hospital itu, Ai Qingze, berkata keadaan remaja itu adalah serius.
“Tekanan dalam perutnya sangat tinggi hingga kakinya bertukar menjadi ungu. Pakar bedah segera membedah perutnya bagi membuang keluar angin dan menemui usus kecilnya mengalami pendarahan teruk,” katanya.
Du menjalani pembedahan bagi merawat ususnya di hospital.Ai berkata, tekanan angin merosakkan hati, buah pinggang dan perut Du.
“Kami menyarankan kepada keluarga pesakit supaya memindahkannya ke hospital lebih baik kerana sebagai hospital daerah, hospital kami tidak mempunyai peralatan perubatan yang lengkap bagi merawatnya,” kata Ai.
Du mengalami kecederaan itu ekoran insiden pada 30 Jun lalu.Dalam kejadian itu, Du sedang bekerja di garaj di Xiajin, Dezhou sebelum diserang dua lelaki terbabit.
Polis di Xiajin kemudian menahan dua pekerja berkenaan kerana disyaki mencederakan Du.
.
Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami
0 Komentar untuk "Kawan Masukkan Pam Angin Dalam Dubur, Kanak-Kanak Ini Tenat"