>>>>>

Dipancung Setelah Lakukan Seks Dengan 2 Wanita & Amalkan Perdukunan




Selain dukun, amalan ramalan nasib dan penyembuhan magis diancam hukuman berat.Seorang lelaki Arab dipenggal kepalanya kerana melakukan amalan perdukunan dan sihir.

Seperti ditulis agensi berita SPA, lelaki bernama Muree bin Ali bin Issa al-Asiri itu juga mengakui dia melakukan perbuatan seksual dengan dua perempuan.Hukuman penggal dilakukan di wilayah Najran, yang terletak di selatan Arab Saudi.

Kumpulan hak asasi manusia berulang kali menyampaikan kecaman, atas hukuman terhadap orang yang dituduh melakukan amalan sihir.

Tahun lalu, dua orang dihukum mati kerana melakukan amalan perdukunan.Asiri dipenggal kepalanya selepas mahkamah memutuskan perkaranya.Tidak ada keterangan lebih terperinci apakah yang bersangkutan dinyatakan bersalah atau tidak.



Amnesty International mengatakan negara itu tidak secara rasmi menggolongkan perdukunan sebagai ancaman utama.

Namun amalan perdukunan dilarang di negara di mana pemimpin agama garisan konservatif berkuasa.Selain dukun, amalan ramalan nasib dan penyembuhan magik diancam hukuman berat.

Pada tahun 2010 presenter televisyen Lubnan yang membawakan program acara ramalan nasib, ditangkap ketika melakukan ibadah haji.

Namun dengan tekanan dari kerajaan Lubnan, kumpulan hak asasi manusia, pengacara itu kemudian dibebaskan oleh mahkamah agung Arab Saudi, kerana dianggap tidak membahayakan sesiapa pun.

Hukuman mati teranyar kerana amalan perdukunan dan sihir dilakukan terhadap wanita Saudi pada bulan Disember, di wilayah Jawf, yang terletak di utara negara itu.

Sebelumnya, pada bulan September, seorang lelaki Sudan dihukum mati, dengan tuduhan menjalankan amalan perdukunan, meskipun Amnesty International menyeru pembebasan. (* / dok)

Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika  Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami 

0 Komentar untuk "Dipancung Setelah Lakukan Seks Dengan 2 Wanita & Amalkan Perdukunan"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info