>>>>>

Rekor Dunia Tahan Nafas Didalam Air 22.22 minit (+video)




Baru-baru ini, seorang penyelam asal Jerman berjaya mencatatkan namanya dalam Guinness World Records dengan menahan nafas di bawah air selama lebih dari 20 minit.

Tom Sietas (35), bersaing dengan pemegang rekod sebelumnya asal Brazil iaitu Ricardo Bahia, dan berjaya membuat rekod dunia baru menyelam tanpa menghirup udara selama 22:22 minit, mengalahkan rekod sebelumnya selama 20:21 minit milik Bahia.

 Rekod luar biasa Sietas ini dilakukan di China, dalam sepasang tangki yang diletakkan berdampingan satu sama lain selama akhir minggu lalu. Sietas sudah berkali-kali memecahkan rekornya sendiri dalam aksi yang secara rasmi dikenali sebagai apnea statik, sejak ia pertama kali mulai melakukannya pada tahun 2000 lalu.

Tapi dia juga mempunyai beberapa catatan rekod untuk 'apnea dinamik', iaitu berenang sejauh mungkin di bawah air tanpa bernafas. Sietas mengatakan bahawa ia tidak makan selama lima jam sebelum melaksanakan aksi berbahaya tersebut untuk melambatkan metabolisme-nya.

 Dia kemudian mengisi paru-parunya dengan oksigen murni sebanyak yang ia boleh. Sietas mempunyai kapasiti paru-paru 20 peratus lebih besar dari rata-rata orang seukurannya dan 'bakat' itu pertama kali diketahui ketika pengajar scuba nya melihat kemampuan Sietas menahan nafas.



Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika  Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami..

0 Komentar untuk "Rekor Dunia Tahan Nafas Didalam Air 22.22 minit (+video)"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info