Guangzhou - Inilah perilaku yang tak patut dicontohi oleh ayah terhadap anaknya. Di Guangzhou, China, seorang ayah tega mengancam membaling anaknya dari tingkat enam apartmen saat ia bertengkar dengan isterinya.
Sperti dilaporkan Daily Mail Isnin (18/62012), Drama ini terjadi tidak lama selepas keluarga itu pindah ke flat beberapa hari sebelumnya. Jiran-jiran yang menyaksikan adegan itu menceritakan, seorang lelaki membuka tingkap dan dengan tenangnya ia duduk di jendela itu sambil mengeluarkan anaknya. Ia lalu mengelayutkan anak perempuan itu sambil mengancam untuk menjatuhkannya.
Lelaki itu kadang menahan perempuan yang bergelayutan itu dengan kakinya, namun itu hanya sesekali dilakukan. Lelaki itu lebih banyak membiarkan anaknya bergayut pasrah dalam genggaman tangan ayahnya yang siap menjatuhkannya pada setiap masa.
Jiran yang menyaksikan kejadian itu langsung melapor kepada polis dan dalam masa yang singkat polis pun tiba di lokasi. Polis berjaya menyelamatkan si anak dengan cara merebutnya saat berunding dengan lelaki itu. Belakangan diketahui, lelaki itu melakukannya dalam pengaruh dadah. [tjs]
0 Komentar untuk "Dalam Pengaruh Dadah, Si Ayah Ancam Menghumban Anaknya dari Tingkat 6 !!!"