gambar hiasan |
Dailymail melaporkan, insiden mengerikan itu berlaku selepas seorang pelajar sekolah mencabar wanita tersebut dan seorang teman wanitanya, kedua-duanya memegang bayi, setelah pelajar itu diberi tahu sejumlah saksi mata bahawa kedua-dua perempuan tersebut telah mencuri telefon miliknya. Konfrontasi lisan berkembang menjadi konflik fizikal dan polis pun dipanggil.
Polis datang dan masa yang sama sejumlah ahli keluarga pelahar itu juga hadir di lokasi. Salah seorang ahli keluarga pelajar itu mendorong salah seorang suspek pencuri tersebut dan secara mengejutkan ia menanggapinya dengan mencampakkan bayinya ke jalan lalu menginjak-injak bayi tersebut sambil menjerit bantahan.
Selama beberapa saat, anak kecil tersebut ditinggalkan menangis di tengah jalan sebelum wanita itu akhirnya ditarik menjauhkan diri. Kedua perempuan tertuduh itu akhirnya dibawa ke pejabat polis tempatan. Ajaibnya, bayi malang itu tidak terluka.
Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami..
0 Komentar untuk "Bayi Ini Di Campak Ke Jalan Dan Di Pijak-Pijak"