Home » » Menang 5-1 Keatas Tottenham Hotspur,Chelsea Jumpa Liverpool Di Final Piala FA

Menang 5-1 Keatas Tottenham Hotspur,Chelsea Jumpa Liverpool Di Final Piala FA

tabek puang | 3:09 PG | 0 comments




LONDON - Chelsea memastikan diri menjadi lawan Liverpool di final Piala FA, setelah menundukkan Tottenham Hotspur 5-1, di pada separuh akhir, di Wembley, Minggu (15/4/2012).

Chelsea lebih dulu membuka perbezaan melalui Didier Drogba pada minit ke-42. Dalam kawalan William Gallas, Drogba menerima umpan panjang dari John Terry dalam keadaan membelakangkan gol Tottenham. Ia kemudian berbalik, mengelirukan Gallas, melepaskan bola ke tengah gawang dengan tendangan kaki kiri.

Pada minit ke-50, Juan Mata melepaskan tendangan dari tengah kotak penalti yang kuat setelah terkenar tubuh seorang pemain. Pengadil menyatakan itu gol. Pemain-pemain Tottenham membantah kerana menilai bola belum memasuki garis gawang. Namun, pengadil tetap pada keputusannya.


6 minit kemudian, Tottenham mengurangkan perbezaan melalui Gareth Bale. Emmanuel Adebayor berusaha menawan Petr Cech dalam duel satu lawan satu. Bale yang berada tak jauh dari adebayor, berjaya mencapai bola dan memasukkan ke dalam gawang.

Ramires memulihkan keunggulan dua gol Chelsea pada minit ke-78. Setelah mendapat bola dari Mata, Ramires melepaskan tendangan dari jarak dekat, yang membuat bola masuk gawang Cudicini.

Gol keempat Chelsea merupakan hasil tendangan percuma Frank Lampard dari jarak sekitar 30 ela, pada minit ke-81. Chelsea mendapat hadiah tendangan percuma kerana kesalahan yang dilakukan William Gallas.

Pada masa kecedraan, Florent Malouda mengubah kedudukan menjadi 1-5. Ia menawan Cudicini dengan sebuah tendangan dari jarak dekat, memanfaatkan umpan dari Mata.

Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika  Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami  

Share this article :

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Copyright © 2012. Tabek Puang - All Rights Reserved Template Modify by Tabek Puang
Proudly powered by Blogger
Support by