Celebrity

Manchester United Tundukan Aston Villa 4-0 Di Old Trafford




MANCHESTER, - Bintang Manchester United (MU), Wayne Rooney muncul gemilang semasa menjaringkan dua gol kemenangan 4-0 "Red Devil" keatas Aston Villa dalam Premier League di Old Trafford, Sabtu (15/4/2012). MU kini kukuh di puncak liga dengan 82 mata dan kembali menjauhkan dengan jarak lima angka dari dikejar Manchester City di peringkat kedua.

MU yang menyasarkan mata penuh untuk menjamin kedudukannya, muncul menyerang sejak pertama kali wisel dibunyikan. Perlawanan baru berjalan tujuh minit, MU mendapat hadiah penalti setelah Ashley Young dijatuhkan di dalam kotak penalti. Rooney yang mengambil sepakan, tidak membuang kesempatan itu untuk mengubah kedudukan menjadi 1-0.


Welbeck akhirnya mampu menambah kedudukan MU menjadi 2-0 pada minit ke-43. Menerima umpanan dari Young di sisi kiri, Welbeck berjaya menyempurnakan peluang tersebut untuk menjaringkan golnya. Kedudukan itu pun berlangsung hingga akhir babak pertama.

Selepas rehat, MU masih mendominasi keseluruhan perlawanan. Beberapa kali kombinasi serangan yang dibina Paul Scholes, Rooney, Valencia dan Welbeck mencipta peluang. Namun barisan pertahanan Villa muncul cukup kuat sehingga membuatkan pemain-pemain "Red Devil" kesulitan menambah gol.

MU akhirnya mampu menambah keunggulannya menjadi 3-0 setelah Rooney kembali menjaringkan gol keduanya dalam aksi itu pada minit ke-73. Berpunca dari kerjasama cukup baik dengan Valencia, Rooney kemudian melepaskan tendangan keras terarah dari depan gawang Villa.

Sepanjang babak kedua ini, MU relatif terus menguasai permainan. Beberapa peluang pun dihasilkan oleh tim asuhan Sir Alex Ferguson tersebut. Sementara itu, Villa hanya bergantung serangan balik yang tidak terlalu membahayakan barisan pertahanan Rio Ferdinand dan kawan-kawan.

Pada masa kecedraan, Nani kembali memaksa penjaga gol Given untuk memungut bola dari dalam gawangnya untuk keempat kalinya setelah berjaya menjaringkan bola pada minit ke-92. Menerima bola dari Jonny Evans, Nani kemudian melepaskan tendangan masuk ke dalam gawang. Kedudukan 4-0 pun tidak berubah hingga pengadil meniup wisel panjang.

Terima kasih Telah Membaca Artikel Di 
tabekpuang.blogspot.com- Jika  Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami 


Post a Comment

Read more: http://kidx3ll.blogspot.com/2013/05/auto-like-facebook-page-dengan-klik.html#ixzz3EFfcvMzy