MANCHESTER, - Aleksandar Kolarov menjadi wira Manchester City ketika bermain seri 3-3 melawan Sunderland di Etihad Stadium dalam Premier League, Sabtu (31/3/2012). Kolarov menjaringkan satu daripada tiga gol City pada minit ke-86 untuk menyamakan kedudukan sebelum perlawanan berakhir.
Dengan hasil ini, City gagal memintas Manchester United, kerana masih berada di kedudukan kedua dengan 71 mata berbeza duamata dengan MU di puncak liga. Akan tetapi, "Red Devil " boleh mempelebar jaraknya tersebut jika berjaya mengatasi Blackburn Rovers, Isnin (2/4/2/2012).
City bermain menyerang sejak minit awal. Pada minit ke-9, Aleksandar Kolarov mendapatkan peluang melalui tendangan bebas. Namun, bola tendangannya tersebut masih mampu ditepis cukup baik leh okiper Simon Mignolet.
Sunderland tidak duduk diam. Beberapa kali pasukan didikan Martin O'Neill tersebut membuat serangan dengan cukup baik di barisan pertahanan City. Minit ke-15, Nicklas Bendtner mendapat peluang. Tapi, bola hasil tendangan kerasnya masih menyamping tipis ke sisi luar gawang City.
Dua minit kemudian, giliran Edin Dzeko yang mengancam gawang Sunderland. Mendapat bola silang dari Yaya Toure, Dzeko melepaskan tendangan keras ke arah gawang. Namun, penjaga gol Mignolet tampil cemerlang menghalang bola tendangannya tersebut.
City yang terus menekan, dikejutkan oleh gol Larsson pada minit ke-31. Bermula dari serangan yang dibina dari tengahpadang, Larsson melepaskan sepakann terarah dari depan kotak penalti, ke sudut kiri gawang yang tak mampu dicapai penjaga gol Joe Hart.
"The Citizen" akhirnya mampu menyamakan kedudukan setelah pengadil memberikan sepakan penalti kerana Dzeko dilanggar di kotak penalti pada minit ke-43. Balotelli yang mengambil sepakan tidak mensia-siakan kesempatan tersebut untuk mengubah skor menjadi 1-1.
Dimasa kecedraan babak pertama, Sunderland mampu kembali dighadapan 2-1 melalui gol Bendtner pada minit ke-48. Mendapatkan bola tolakan Stephane Sessegnon, Bendtner berjaya menanduk bola masuk ke gawang City.
Selepasrehat, penyokong tuan rumah kembali terdiam setelah Larsson kembali menjaringkan gol keduanya pada minit ke-55. Bermula dari serangan balik yang cepat, Bendtner kemudian melepaskan lencongan tepat yang mampu dibaca oleh Larsson untuk menukar kedudukan menjadi 3-1.
Ketinggalan 1-3, City meningkatkan serangan. Pelatih Roberto Mancini kemudian memasukan Carlos Tevez untuk menambah daya seranganr pasukan didikannya. Penyerang Argentina tersebut kemudian mendapatkan peluang pada minit ke-68. Akan tetapi, usahanya itu belum membuahkan hasil kerana bola melepasi ke sisi kiri kanan gawang.
Sepanjang babak kedua, City memang lebih menguasai perlawanan dengan menciptakan sejumlah peluang.Lima minit menjelang akhir pertandingan, City mampu mengurangkan perbezaan gol menjadi 2-3 melalui gol Balotelli pada minit ke-85.
Gol Balotelli tersebut membuat semangat pemain City meningkat. Satu minit kemudian, Kolarov akhirnya mampu menyamakan kedudukan menjadi 3-3. Bermula dari serangan di depan kotak penalti, Kolarov melepaskan tendangan keras yang mampu di pandang sahaja penjaga gol Mignolet. Akhirnya,keputusan seri tersebut berlangsung hingga pengadil meniup wisel panjang.




0 comments:
Catat Ulasan