MADRID, - Bayern Muenchen akhirnya mara ke final Liga Champions yang akan diadakan di gelanggang mereka sendiri, 19 Mei nanti, melawan Chelsea. Bayern ke final selepas berjaya menyingkirkan Real Madrid melalui sepakan penalti pada perlawanan pusingan kedua di Stadium Santiago Bernabeu, Khamis (26/4/2012).
Bayern memang kalah 1-2. Namun, agregat kedua-dua pasukan sama 3-3. Bahkan, sampai dilakukan ke masa tambahan 30 minit tanpa jaringan, kedudukan tak berubah hingga dilakukan adu penalti.
Di pihak Madrid, Cristiano Ronaldo, Kaka, dan Sergio Ramos gagal menjaringkan gol. Hanya Xabi Alonso yang berjaya dalam melakukan tendangan penalti, sedangkan Bayern berjaya di tiga tendangan penalti melalui David Alaba, Toni Kroos, dan Philipp Lahm. Bayern menang 3-1 dalam sepakan penati.
Madrid lebih dulu membuka keunggulan melalui Cristiano Ronaldo dari sepakan penalti pada minit ke-6. Setelah itu, pemain dari Portugal tersebut kembali mencetak namanya di papan skor setelah berjaya mencetak gol keduanya, sekaligus mengubah skor menjadi 2-0 pada minit ke-14.
Bayern cuba membalas sepanjang babak pertama.pasukan asuhan Jupp Heynckes itu pun berjaya mengurangkan ketinggalan setelah pengadil memberikan hadiah penalti pada minit ke-27. Arjen Robben yang mengambil sepakan tidak mensia-siakan kesempatan itu untuk mengubah kedudukan menjadi 1-2.
Sepanjang 90 minit, baik Madrid mahupun Bayern tampil saling menyerang. Namun, barisan pertahanan kedua-dua pasukan tampil cukup disiplin membuat skor tersebut tidak berubah hingga akhir babak kedua, dan terpaksa bermain di masa tambahan 30 minit...
Namun selepas 30 minit masa tambahan di berikan,kedua pasukan gagal mencari gol dan perlawanan terpaksa di tentukan ke sepakan penalti..Mujurlah 2 sepakan pertama Real Madrid berjaya di halang penjaga gol bayern munich dan memberi harapan kepada mereka layak ke final...Bastian Schweinsteiger akhirnya melengkapi malam gemilang bayern dengan menjaringkan gol kemenangan menewaskan casilas pada sepakan penalti yang di ambilnya..
Keputusan penuh perlawanan Bayern Munich layak ke final liga juara eropah menentang Chelsea dengan menewaskan Real madrid Dengan sepakan Penalti ..
Berikut adalah Gambar sebahagian aksi perlawanan...
Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami....
Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami....






0 comments:
Catat Ulasan