Home » » Ada Wiski Berlabel Halal..??.Biar Betul

Ada Wiski Berlabel Halal..??.Biar Betul

tabek puang | 7:13 PTG | 0 comments
Rabu : 04.04.2012



Amerika mengembangkan minuman pemanasan badan dengan konsep Halal di sebuah syarikat penyulingan wiski yang berpusat di Florida, Amerika Syarikat, Scottish Spirit Ltd.


Wiski bebas alkohol ini digelar arkay yang tidak alkohol, namun tetap mempertahankan cita rasa wiski asalnya.


Arkay mengantungi label halal dari The Islamic Food & Nutrition Council of America. Berkat label halal tersebut, arkay akhirnya boleh dipasarkan keberbagai negara-negara Asia dan Timur Tengah yang majoriti penduduknya muslim.


Memang ada pro kontra akan kehadiran wiski bebas alkohol ini. Beberapa orang sempat meragukan statement tidak alkohol tersebut. Kerana ada anggapan bahawa arkay hanya akan merosakkan reputasi wiski dengan melakukan provokasi pemasaran yang tidak bertanggung jawab.


Sebenarnya wiski merupakan minuman hasil ramuan sederhana dari campuran air dengan tanaman barli. Kemudian diproses melalui penyulingan, lalu diendapkan, atau disimpan bertahun-tahun dalam tong kayu ek. Simpanan inilah yang menyebabkan terjadinya proses fragmentasi sehingga menghasilkan kandungan alkohol.


Namun wacana tersebut tak menghalang penyebaran arkay ke pelbagai pasaran dunia. Arkay dibuat dari campuran air dan sejumlah bahan kimia, seperti perasa dan pewarna.


Di Inggeris arkay dipasarkan dengan harga 4 pounsterling satu tinnyadan 10 pounsterling per botol. Hmm,,kalau masuk Malaysia macam mna..??.Boleh Tak



Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika  Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami

Share this article :

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Copyright © 2012. Tabek Puang - All Rights Reserved Template Modify by Tabek Puang
Proudly powered by Blogger
Support by