Home » » Kerajaan Britain Meluluskan Undang-Undang Perkahwinan Sejenis

Kerajaan Britain Meluluskan Undang-Undang Perkahwinan Sejenis

tabek puang | 12:22 PTG | 0 comments
Ahad : 25/03/2012



Perkahwinan Sejenis Di Britain Segera dihalalkan - Atas nama hak asasi manusia, semakin banyak negara di dunia yang menghalalkan perkahwinan sejenis.

Kini, Britain mengikuti jejak beberapa negara bahagian di Amerika Syarikat (AS), untuk menghalalkan perkahwinan sejenis.

Bahkan, Kerajaan Britain bakal mengganti beberapa perkataan dalam janji pernikahan agar bersifat neutral. Salah satunya menukar kata 'suami' dan 'isteri' menjadi 'pasangan' dan 'partner'.

Seperti dilaporkan ZeeNews.India, Sabtu (17/3/2012), pasangan sesama jenis di Inggeris akan berhak berkahwin di pejabat catatan awam, atau menukar perkongsian di pejabat awam.

Beberapa jabatan kerajaan dan syarikat, perlu mengubah bentuk rasmi mereka untuk istilah yang lebih neutral.

Perubahan perlembagaan ini juga memerlukan biaya yang tidak sedikit. Britain bakal membuat anggaran sendiri dalam menghilangkan istilah dari sistem komputer.

Mengubah undang-undang untuk membenarkan pasangan sesama jenis berkahwin, bakal menambah bayaran untuk jabatan kerajaan tertentu, dan agensi-agensi kerajaan daerah.

Perubahan itu perlu dilakukan untuk sistem IT, dan proses untuk menghapuskan rujukan pernikahan antara seorang lelaki dan wanita.sumber-ZeeNews-


Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika  Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami.. 
Share this article :

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Copyright © 2012. Tabek Puang - All Rights Reserved Template Modify by Tabek Puang
Proudly powered by Blogger
Support by