Celebrity

Industri Film Porno Kecam Penggunaan Kondom


Los Angeles  kini mengancam untuk  memboikot para pengeluar filem Lucah Amerika Syarikat. Sebab,mulai 5 Mac 2012, para pelakon dan pelakon porno diharuskan mematuhi peraturan-peraturan baru yang mewajibkan mereka memakai kondom ketika sedang "berlaga".
Peraturan itu dilaksanakan untuk mencegah penyebaran AIDS serta mempromosikan seks secara selamat.

Dipetik akbar Telegraph, Selasa 21 Februari 2012, peraturan-peraturan yang sama menimbulkan kemarahan pengeluar filem lucah yang mengancam akan membawa masalah ini ke mahkamah, kerana merasa pendapatan mereka akan terjejas.
"Para penonton tentu tidak mahu melihat filem lucah dengan para pelakonya menggunakan kondom," kecam Steven Hirsh dari Vivid Entertainment, salah satu pengeluar filem porno terkenal.

Pelakon profesional industri filem lucah lain juga mendakwa peraturan ini sebagai berlebihannya keatas filem lucah yang dibuat.Menurut mereka, pemeriksaan kesihatan bagi para pelakon saja sudah cukup.
"Ini tidak adil untuk kerajaan mencampuri industri kami. Jelas mereka berusaha mencampuri yang bukan urusan mereka," kecam Diane Duke dari kumpulan lobi film lucah Koalisi 

"Industri kami berkenaan dengan seks sehingga kedudukan kami rapuh dan mudah diserang."
Ulasan bernada menyokong justru datang daripada pelakon filem lucah, salah satunya Derrick Burts yang menular HIV semasa bekerja. "ketika ini sistem mereka masih belum bagus di praktikkan.Pelakon mana yang tidak ingin merasa selamat semasa sedang bekerja?" katanya.

Los Angeles, tepatnya di kawasan San Fernando Valley telah menjadi pusat perfileman lucah AS selama beberapa dekad. Peraturan pemakaian kondom sendiri sebenarnya sudah  diterapkan sejak akhir 90-an, namun polisi dihapuskan selepas jualan film lucah rugi.
Belum jelas anggaran kerugian yang akan dialami jika peraturan pemakaian kondom ini nantinya jadi diterapkan. reuturs

Post a Comment